Custom Search
Showing posts with label umno. Show all posts
Showing posts with label umno. Show all posts

Tuesday, April 28, 2009

ADUN Kuala Nerang Tidak Akan Letak Jawatan

LANGKAWI, 28 April (Bernama) -- Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim, yang didakwa menghadapi masalah kewangan, tidak akan meletak jawatan, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mohd Shafie Apdal.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau berkata desas-desus kononnya Syed Sobri, yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Padang Terap, akan meletak jawatan kerana masalah yang dihadapinya mengganggu prstasinya sebagai wakil rakyat, adalah tidak benar.

"Memang Syed Sobri menemui saya di Kuala Lumpur pada Ahad lepas dan kami telah berbincang beberapa perkara yang dihadapinya. Selaku ketua perhubungan yang baru, saya memberi nasihat dan beliau menerimanya dengan baik dan berjanji akan terus berkhidmat kepada rakyat," kata Mohd Shafie.

Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan perkara yang dibangkitkan oleh ADUN Kuala Nerang itu.Pada 3 Nov tahun lepas, Mahkamah Tinggi Alor Setar mengisytiharkan Syed Sobri muflis selepas gagal menjelaskan hutang lebih RM150,000.-- BERNAMA

*Macam-macam politik sekarang....

Wednesday, April 8, 2009

Gambar Bukit Gantang & Bukit Selambau






Kemenangan 2-1

Rakyat membuktikan kertas undi mereka amat bernilai. Dengan kuasa rakyat itulah sesuatu wakil rakyat dapat ditentukan. BN sekali lagi tumbang dengan keangkuhan mereka. Pakatan Terus mendominasi pilihanraya di negara ini.

Dengan pelbagai taktik yang digunakan oleh BN, akhirnya mereka kalah juga. Walaupun mereka menguasai semua media cetak dan media elektronik tetapi mereka masih tidak mampu untuk menguasai pemikiran rakyat.

BN sepatutnya mula sedar kenapa prestasi mereka semakin teruk. BN sebenarnya tidak bersalah tetapi pemimpin mereka yang bersalah. Dengan kemelut dalaman, perebutan jawatan, semua ini rakyat nampak.

Pakatan Rakyat satu usahasama yang baru dibentuk. Rakyat sekarang memilih satu alternatif lain untuk tidak memilih parti BN. Ini terjadi kerana rakyat sudah mula bosan dengan karenah yang ditonjolkan oleh barisan pemimpin BN.

Perjuangan parti BN masih boleh diguna pakai tapi setiap pemimpin didalam parti perlu berubah. Bermula diperingkat bahagian, negeri, pusat semua pemimpinnya perlu berubah. Tetapkan didalam hati niat ingin bekerja dengan ikhlas dan bukan kerana habuan.

Thursday, April 2, 2009

Gadis seksi pancing undi BN?

Kehadiran Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ismail Saffian di majlis makan malam di Kampung Baru Kuala Sepetang - sebuah perkampungan nelayan di DUN Kuala Sepetang di parlimen Bukit Gantang - kini menjadi bahan perbualan.

Majlis tersebut diserikan dengan konsert tiga gadis manis berimej seksi selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dan calon BN selesai menyampai ucapan meminta hadirin menyokong BN dalam pilihanraya kecil parlimen itu.
Tiga artis Cina berseluar pendek dan singlet biru itu menari dan menyanyi lagu rancak sewaktu Zahid sedang mengadakan sidang media di depan pentas tersebut.
Majlis makan malam perpaduan dihadiri kira-kira 1,500 orang.
Sebelum beredar, para wartawan menemuinya untuk meminta penjelasan berhubung ucapannya sebelum itu.

Dalam sidang akhbar, beliau ditanya mengenai keberkesanan pendekatan nyanyian dan tarian bagi menarik pengundi Cina.
Beliau, yang juga ahli parlimen Bagan Datoh, menegaskan bahawa ia "harus dihormati kerana ia sebahagian daripada budaya Cina."
"Di kawasan saya, saya bukan memenangi hati orang Cina dengan tarian rancak begini.
"Tetapi kita mesti hormat, ini adalah satu kebudayaan orang Cina.

"Di kawasan saya ada 20 peratus pengundi Cina, saya juga pergi ke tokong Cina dan menghadiri majlis pengkebumian orang Cina.
"Saya tahu bagaimana hendak menghormati keluarga orang Cina dan orang mudanya," tegas Zahid, yang juga timbalan pengerusi perhubungan Umno Perak.

Ditanya mengenai sokongan pengundi kaum itu kepada BN, beliau percaya sokongan kepada BN semakin meningkat kerana kerajaaan persekutuan dan kerajaan sudah berusaha untuk menyelesaikan masalah orang mereka.
"Sokongan pengundi Cina, mengikut laporan, semakin bertambah sekarang ini. Kerajaan pusat mengambil langkah proaktif untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka
"(Sokongan bertambah) setelah kita mengangkat semua masalah (mereka) ini kepada menteri berkenaan. Dan tindakan segera sedang dilakukan," katanya.
Beliau turut menafikan undi sesuatu kaum tertentu menjadi faktor penentu keputusan pilihanraya kali ini. "Semua kaum menjadi penentu. Dan semua undi penting, sama ada undi Cina, India atau Melayu. Dalam keadaan pilihanraya umum, lebih lagi pilihanraya kecil, kita tidak boleh abaikan mana-mana undi, daripada mana-mana kaum.
"Satu undi pun sangat bermakna (kepada BN) dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang ini," katanya. Sebelum itu dalam ucapannya, kerajaan telah mengenal pasti beberapa masalah utama nelayan di kawasan itu, termasuk gangguan lanun dan tentera Indonesia, masalah subsidi petrol dan operasi bot haram.
Tindakan lanjut sedang diusahakan kementerian yang berkaitan, tambahnya.