Custom Search

Saturday, March 14, 2009

Gaji Pengerusi Syabas RM425,000 sebulan?

Betul ke gaji Pengerusi Syabas ini? Perkara ini telah dinyatakan didalam harakahdaily...

Gaji Pengerusi Syabas RM425,000 sebulan, mampu tampung bil air rakyat
Azamin Amin
Fri Mar 13, 09 2:58:08 pm MYT

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Hrkh) - Dewan Rakyat kelmarin menjadi sedikit 'riuh' apabila diberitahu bahawa gaji Pengerusi Syabas Tan Sri Razali Ismail sejumlah RM5.1 juta setahun.

Perkara ini diungkap kembali oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh Dato' Seri Anwar Ibrahim ketika membahaskan rang undang-undang perbekalan tambahan 2009 yang dalam masa yang sama menjawab soalan Ahli Parlimen Titiwangsa Dr. Lo' Lo' Ghazali berhubung gaji dan elaun pengurus atau pengarah GLC.

"Apa dan mengapa nak dirahsiakan gaji GLC ini? Gaji syarikat boleh dibuka. Oleh sebab itu seperti mana yang saya sebutkan tadi, keadaan di Syarikat Bekalan Air Selangor bila tanggungan begitu bila sudah naikkan beban bagi rakyat, baru kita tahu rupa-rupanya pengurusnya RM5.1 juta.

"Itu basic belum lagi elaun-elaun tambahan. Ini keterlaluan kalau dibiarkan keadaan begitu," kata Anwar.

baca seterusnya di harakahdaily

No comments:

Post a Comment