Esok 17.3.2009, Ahli Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh akan didakwa di bawah Akta Hasutan di Mahkamah Sesyen Jalan Duta manakala anaknya pula, Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh telah diluluskan usul oleh Dewan Rakyat menggantung Beliau selama 12 bulan serta pada masa penggantungannya itu tidak akan menerima sebarang bayaran elaun dan kemudahan sebagai seorang ahli Parlimen.
Usul berkenaan yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sebelum itu dibahaskan selama hampir sejam.
Ketika Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menjalankan proses pengundian, semua anggota pembangkang bertindak keluar Dewan.
Akhirnya usul berkenaan diluluskan secara sebulat suara.
Dalam usul yang dibentangkan Nazri, Gobind perlu dikenakan tindakan tersebut berikutan kenyataannya mendakwa Timbalan Perdana Menteri terlibat dalam kes pembunuhan selain beliau juga mengeluarkan kenyataan yang menghina Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Kenyataan Gobind itu merupakan satu dakwaan yang sangat serius dan menyalahi hak dan keistimewaan sebagai ahli Parlimen serta merupakan satu penghinaan kepada Dewan.
Monday, March 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment