Custom Search

Thursday, May 14, 2009

Lelaki Dari Bukit Mertajam Disyaki Dijangkiti H1N1

PULAU PINANG, 15 Mei (Bernama) -- Seorang lelaki berumur 26 tahun dari Bukit Mertajam yang baru kembali dari Amerika Syarikat diletakkan di bawah pemerhatian di wad pengasingan Hospital Pulau Pinang (PGH), Khamis selepas didapati mempunyai simptom influenza A (H1N1).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh berkata lelaki itu mengalami demam semalam selepas pulang dari Dallas, AS tiga hari lepas.

"Beliau mendapatkan rawatan di hospital pagi ini dan bimbang yang dirinya mungkin dijangkiti virus H1N1 dan diletakkan di bawah pemerhatian," katanya kepada pemberita di sini.

Phee berkata sampel darah lelaki itu telah dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan di Kuala Lumpur dan keputusannya akan diketahui esok.

Dua minggu lepas, seorang pelancong New Zealand dimasukkan ke wad pengasingan hospital itu kerana disyaki dijangkiti virus H1N1 tetapi kemudiannya ujian darah mendapatinya negatif virus itu.-- BERNAMA

1 comment:

MiSs. iEkA said...

oh.. sy adalah kelahiran pulau pinang..
tp sume 2 dh disahkn negetif kn..

Post a Comment