Custom Search

Tuesday, April 28, 2009

ADUN Kuala Nerang Tidak Akan Letak Jawatan

LANGKAWI, 28 April (Bernama) -- Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim, yang didakwa menghadapi masalah kewangan, tidak akan meletak jawatan, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mohd Shafie Apdal.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau berkata desas-desus kononnya Syed Sobri, yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Padang Terap, akan meletak jawatan kerana masalah yang dihadapinya mengganggu prstasinya sebagai wakil rakyat, adalah tidak benar.

"Memang Syed Sobri menemui saya di Kuala Lumpur pada Ahad lepas dan kami telah berbincang beberapa perkara yang dihadapinya. Selaku ketua perhubungan yang baru, saya memberi nasihat dan beliau menerimanya dengan baik dan berjanji akan terus berkhidmat kepada rakyat," kata Mohd Shafie.

Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan perkara yang dibangkitkan oleh ADUN Kuala Nerang itu.Pada 3 Nov tahun lepas, Mahkamah Tinggi Alor Setar mengisytiharkan Syed Sobri muflis selepas gagal menjelaskan hutang lebih RM150,000.-- BERNAMA

*Macam-macam politik sekarang....

No comments:

Post a Comment