Custom Search

Tuesday, April 7, 2009

Hari penentuan

Setelah segala perancangan telah dilaksanakan, hari ini merupakan penentu kepada tiga kawasan. Dua bukit dan satu batang akan ditentukan siapakah wakil rakyat yang betul-betul diperlukan rakyat untuk mewakili mereka.

Setiap wakil mempunyai kelemahan dan kelebihan masing-masing. Barisan Nasional disokong penuh oleh media elektronik manakala Pakatan Rakyat pula menggunakan platform blogger. Dari segi promosi, Barisan Nasional dilihat lebih menonjol kerana ditonjolkan melalui televisyen.

Rakyat sekarang semakin bijak memilih. Rakyat perlukan pemimpin yang dapat buat kerja untuk mereka. Walaupun sesuatu parti itu mempunyai kekuatan untuk melakukan semua, tetapi jika wakil yang mewakili mereka tidak mempunyai kekuatan, mereka akan tersungkur juga.

Dua pilihanraya kecil sebelum ini telah membuktikan segalanya. Setiap hari kebaikan dan kelebihan Barisan Nasional dipertontonkan kepada rakyat melalui televisyen, tetapi akhirnya mereka kalah juga. Pakatan Rakyat pula ditonjolkan mempunyai pelbagai masalah oleh televisyen tetapi akhirnya mereka menang juga. Walaupun berada di kampung, rakyat telah tahu memilih yang mana terbaik untuk mereka dan yang mana ikhlas bekerja untuk mereka.

Yang pasti pemimpin atasan setiap parti perlu sedar kenapa rakyat menolak mereka. Rakyat tidak benci kepada parti tetapi rakyat tidak suka kepada sikap sesetengah pihak. Mungkin hari ini kita diatas, tetapi satu hari nanti mungkin pula kita akan dibawah. Jika pegangan ini dijadikan pedoman, setiap pemimpin akan ikhlas bekerja.

Yang paling penting, perubahan sikap sesetengah pemimpin perlu diubah. Tidak kira lah pemimpin tersebut dibahagian kampung, bahagian ataupun pusat. Sikap mencerminkan keperibadian kita.

No comments:

Post a Comment